Muka bewarna kuning lepas pakai masker kunyit

Iklan
Muka bewarna kuning lepas pakai masker kunyit

KUNYIT bukan saja dijadikan sebagai salah satu bahan dalam masakan namun tumbuhan ini mempunyai 1,001 khasiat untuk kecantikan luaran dan dalaman.

Kunyit amat popular dan telah digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak zaman nenek moyang kita dahulu.

Iklan
Iklan

Kajian saintis kecantikan di barat turut meneroka pelbagai manfaat yang terdapat di dalamnya untuk dijadikan sebagai bahan alami yang terbaik untuk merawat pelbagai masalah kulit dan kecantikan.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter @ibuibuyakult yang mencuba memakai mask kunyit buat pertama kalinya.

Iklan

Perkongsian gadis tersebut yang kelihatan sedikit kesal membuat warganet geli hati dan mengundang pelbagai komen nakal.

Iklan

Artikel berkaitan: Jepun cipta pelitup muka mampu terjemah bahasa, bantu frontliner berkomunikasi jarak jauh

Namun menurut portal Hellodoktor, kunyit digunakan dalam perawatan kulit semula jadi seperti masker kunyit yang membantu mengurangkan parut dan berfungsi dengan baik di bahagian pori muka.

Menurutnya, komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit.

Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Cara penggunaannya adalah dengan mencampur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya dengan air.

Jadinya, pengajaran untuk kita sebelum memakai sesuatu, kena tahu cara dan tip terlebih dahulu.