SEJAK penularan Covid-19, orang ramai kini kian biasa memakai pelitup muka di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat.

Di Malaysia, penggunaan pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos lalu dan mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Maka hari ini boleh dilihat ramai dalam kalangan peniaga yang turut menjual pelbagai jenis pelitup muka di pasaran untuk kemudahan pelanggan.

Pelbagai bentuk pelitup muka berfesyen yang wujud untuk melengkapkan gaya masing-masing malah dilihat makin hari makin cangih pula.

Terdahulu, SinarPlus juga ada menyiarkan artikel perkongsian seorang lelaki yang membeli pelitup muka berlampu yang dilihat cukup bergaya.

Kini, sebuah syarikat terkemuka di Jepun melangkah setapak kehadapan apabila dilaporkan berjaya mencipta pelitup muka yang mempunyai fungsi untuk terjemah bahasa. Wow! Hebat bukan?

Pelitup muka yang dipanggil C-Face itu mempunyai mikrofon yang berfungsi sebagai menghantar ucapan pengguna ke aplikasi telefon pintar yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa pilihan.

Jepun cipta pelitup muka mampu terjemah bahasa, bantu frontliner berkomunikasi jarak jauh

Syarikat itu menyatakan bahawa alat silikon ringan yang digunakan untuk tujuan terjemah bahasa itu bermanfaat bagi golongan seperti doktor yang perlu bercakap dengan pesakit dari jarak jauh.

Iklan

Namun, C-Face itu didakwa tidak mampu untuk melindungi pengguna daripada virus Covid-19 dan mereka masih perlu memakai topeng muka di bawahnya.

Sebagai info, Jepun bukan satu-satunya syarikat yang mencipta pelitup muka berteknologi tinggi seperti itu. Sebuah syarikat Singapura juga pernah menghasilkan pelitup muka yang mempunyai sensor di dalamnya.

Iklan

SEJAK penularan Covid-19, orang ramai kini kian biasa memakai pelitup muka di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat.

Sensor tersebut berupaya memantau suhu badan, denyut jantung, tekanan darah dan kadar oksigen darah yang dapat dipindahkan ke aplikasi telefon pintar.

Alat itu juga akan diutamakan untuk pekerja-pekerja barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-19 kerana mereka paling kerap terdedah kepada pesakit.