SEORANG lelaki di China dinobat sebagai remaja tertinggi di dunia apabila ketinggiannya mencecah 221 cm.
Xiaoyu yang berumur 14 tahun, berasal dari Bandar Leshan di wilayah barat daya Sichuan.
Seorang wartawan Red Star News, yang diminta menjadi salah seorang pegawai untuk menentukan ketinggian budak lelaki itu, melaporkan bahawa remaja itu begitu besar sehingga dia memerlukan perabot khas.
Perabot khas yang dibuat untuknya merangkumi meja dan kerusi besar untuk dia belajar.
Nenek Xiaoyu, Wu Mei berkata, dia semakin tinggi dalam dua tahun kebelakangan ini.
Artikel berkaitan: Dipaksa bersalin normal, kepala bayi terputus ketika dilahirkan
Pada bulan Ogos tahun ini, Xiaoyu dan keluarganya mengemukakan permohonan untuk cabaran 'Pemuda Tertinggi (Lelaki)' di laman web rasmi Guinness.
Kata Xiaoyu, sejak masuk sekolah, dia perhatikan memang dia lebih tinggi daripada anak-anak lain pada usia yang sama.
Sementara itu, pegawai perakuan World Record, Lu Lei, melawat ke Leshan untuk mengesahkan permintaan Xiaoyu untuk mendapatkan gelaran tersebut.
Katanya, pencabarnya mestilah lelaki dan berumur antara 13-18 tahun. Pada masa ini bekas pemegang Rekod Dunia Guinness berusia lebih dari 18 tahun.
Turut hadir sebagai saksi ketika itu doktor dan media sebagi saksi.
Untuk memastikan pengukurannya betul, pegawai mengukurnya tiga kali pada waktu pagi, petang dan malam.
Setelah pensijilan pengukuran selesai, dia dihantar ke London untuk diaudit di markas Guinness.