SEPERTI sedia maklum semua industri terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini.
Antara paling terjejas adalah industri penerbangan.
Seperti pengusaha industri penerbangan di Singapura ini, demi mencari alternatif menjana pendapatan, mereka menawarkan perkhidmatan restoran dalam pesawat.
Menurutnya, lebih 400 pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di Lapangan Terbang Changi sebelum menaiki pesawat Singapore Airlines untuk menjamu selera.
Syarikat penerbangan yang membuang ribuan pekerja dan 'merehatkan' hampir semua pesawatnya tahun ini menawarkan pengunjung menjamu selera di dua pesawat penumpang terbesar di dunia, A380.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ligat main drum, bakat kanak-kanak perempuan 5 tahun ini tular seluruh dunia
Sebahagian daripada tempat duduk dibiarkan kosong sebagai mematuhi SOP penjarakan fizikal.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menjelajah pesawat dua tingkat itu dan dibenarkan merakamkan gambar kenangan bersama juruterbang dalam kokpit.
Kaedah makan dalam pesawat itu terbukti popular dan mendapat permintaan tinggi apabila syarikat penerbangan itu umumkan enam sesi tambahan.
Semua 900 tiket hidangan tengah hari habis terjual dalam tempoh 30 minit ketika sesi tempahan dibuka awal bulan ini.