Alhamdulillah, masjid pertama di Yunani akhirnya dibuka

Iklan
Alhamdulillah, masjid pertama di Yunani akhirnya dibuka

MASJID pertama di ibu kota Yunani, Athens, akhirnya dibuka untuk umat Islam pada hari pada Isnin lalu.

Pembukaan dibuat setelah 14 tahun pertikaian dan birokrasi mengenai pembinaan masjid.

Iklan
Iklan

Dengan pembukaan masjid tersebut, Athena kini melepasi status yang menyedihkan sebagai satu-

Iklan

satunya ibu kota Kesatuan Eropah tanpa masjid.

Lapor Yunani Ekathimerini semalam,imam pertama masjid itu bernama Zaki Mohammed (49), seorang warga Yunani yang berasal dari Maghribi.

Iklan

Setiausaha Kerajaan Agama di Yunani, Giorgos Kalantzis, mengatakan pembukaan masjid itu

menggambarkan dengan jelas mengenai demokrasi, kebebasan beragama dan menghormati.

Keputusan untuk membangun sebuah masjid di Athena pertama kali dibuat pada tahun 2006, dengan anggaran US $ 1,04 juta (lebih kurang RM 433 juta), tertangguh kerana rintangan birokrasi, protes dari kelompok sayap kanan dan halangan hukum menghentikan proses tersebut.

Artikel menarik: Purata 10 orang peluk Islam di Perancis setiap hari… Hidayah ALLAH datang kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA

Pada 2017, mufti terpilih dari Kota Komotini (Gumulcine) di Thrace Barat, Ibrahim Serif

mengatakan setengah juta umat Islam di bandar itu harus menggunakan ruang bawah tanah yang kotor dan lokasi yang tidak bersih untuk menunaikan solat mereka.

Majoriti orang Yunani, 97 peratus, adalah Kristian Ortodoks.

Namun, ada minoriti Muslim yang tertumpu di kawasan Yunani hingga Turki, dan puluhan ribu

pekerja serta pelarian Muslim tinggal di negara itu.

"Langkah-langkah ini melanggar Perjanjian Lausanne pada tahun 1923 dan juga keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR)," kata pegawai Turki itu.