SEORANG pekerja rumah mayat dipecat serta-merta setelah mengambil gambar selfie di sebelah peti terbuka mendiang legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.
Dalam foto yang tular, kelihatan pekerja tersebut menunjukkan mayat Diego Maradona.
Seperti diketahui umum, Diego Maradona, meninggal dunia Rabu lalu pada usia 60 tahun kerana serangan jantung.
Pemilik rumah mayat di Buenos Aires, Argentina, Sepelios Pinier memberitahu media tempatan bahawa pekerja tersebut telah dipecat.
Kematian Maradona mendapat penghormatan seluruh dunia terhadap bekas pemain tengah yang membawa Argentina meraih kemenangan di Piala Dunia 1986.
Kematian legenda bola sepak Diego Maradona, salah seorang pemain terhebat sepanjang masa, meninggalkan kesedihan bahkan di seluruh dunia.
Baca juga Model hijab terkenal, Halima Aden ucapkan selamat tinggal kepada dunia peragaan
BBC turut melaporkan, penyerang Argentina di kelab Barcelona, Lionel Messi, memberi penghormatan kepada Maradona, dengan mengatakan dia 'abadi'.
Legenda Brazil, Pele turut memberi penghormatan kepada Maradona, dengan menulis di Twitter miliknya mengatakan dia kehilangan teman baik.