BEBERAPA hari lalu India digemparkan dengan satu penyakit misteri. Covid-19 pun belum reda lagi, kini ditambah dengan penyakit misteri.
Sehingga kini, seorang maut dan 227 orang sedang dirawat di hospital.
Kata seorang doktor, pesakit berasal dari Eluru, Andra Pradesh, India Selatan mengalami pelbagai gejala seperti mual, kejang dan pengsan.
Sejumlah katil di Hospital Eluru telah disiap sedia untuk menampung pesakit.
Penyakit misteri ini muncul ketika India sedang memerangi wabak Covid-19.
Difahamkan, Andhra Pradesh adalah sebuah tempat yang paling teruk terjejas, lebih 800,000 kes positif Covid-19, kes ketiga tertinggi di India.
Baca juga Taksub cinta janda, warga emas kerugian lebih RM200 ribu
Menteri kesihatan, Alla Kali Krishna Srinivas mengatakan bahawa pesakit-pesakit yang hidap penyakit misteri telah diuji Covid-19 namun semuanya negatif.
Sehingga kini, 70 orang telah keluar dari hospital, sementara 157 pesakit lain masih dirawat.
Pasukan perubatan khas dihantar untuk menyiasat penyakit misteri itu.
Semoga tidak memasuki negara kita penyakit misteri ini.