Pembebasan perogol terkenal di Korea Selatan cetus kemarahan

Iklan
Pembebasan perogol terkenal di Korea Selatan cetus kemarahan

SETELAH menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, perogol paling terkenal di Korea Selatan telah dibebaskan hari ini.

Menurut laporan The New York Times, pembebasannya Choo Doo-soon yang berusia 68 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai.

Iklan
Iklan

Penunjuk perasaan turut berhimpun di luar penjara dekat selatan Seoul hari ini sambil melaungkan 'hantarnya ke neraka!'.

Iklan

Terdapat juga penunjuk perasaan berbaring di atas jalan raya sambil mengangkat papan tanda sebagai protes pembebasan Doo-soon.

Selain itu, mereka turut menendang van yang membawa Doo-soon dan melemparkan telur serta mengeluarkan kenyataan menghina.

Iklan

Penunjuk perasaan turut membuat ancaman bunuh dalam talian kepada Doo-soon.

Baca juga 30 ratu cantik jatuh dalam kolam, jambatan tiba-tiba runtuh

Kemarahan orang ramai telah dilaporkan sejak beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir.

Sebelum ini, Doo-soon ditahan pada 2008 disabitkan dengan jenayah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.