Permainan 'game board' kembali popular pada musim Covid-19, penjualan melonjak naik di AS, Eropah

Iklan
Permainan board game

NAMPAKNYA virus Covid-19 yang bermaharajalela benar-benar membuatkan rutin kehidupan manusia berubah.

Bukan sahaja dari segi gaya hidup normal baharu dengan pemakaian pelitup muka, penjarakkan fizikal dan seumpamanya.

Iklan
Iklan

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan cara kita mengisi masa lapang juga sudah berubah. Barangkali kerana kebanyakan kita banyak menghabiskan masa di rumah, ada sahaja aktiviti baharu yang ingin dilakukan.

Terbaharu, portal dw.com/en/ baru-baru ini melaporkan tentang peningkatan mendadak terhadap mainan berpapan (board games) sejak pandemik itu mengganas.

Iklan

Malah, laporan portal berkenaan turut menyebut, pasaran permainan berpapan itu mencatatkan pertumbuhan 20 peratus pada tahun lalu.

Trend itu sekali gus menunjukkan, masyarakat terutama orang dewasa kini mula beralih kepada 'permainan lama' semula!

Iklan

Di Malaysia, permainan berpapan yang pernah popular suatu ketika dulu adalah dam dan catur (chess).

[caption id="attachment_36118" width="1024"] CATUR atau chess antara permainan berpapan yang pernah popular suatu ketika dulu.[/caption]

Memetik artikel yang disiarkan oleh Republika.co.id, Ketua Pegawai Eksekutif Pembuat Permainan Berpapan Ravensburger di Jerman, Clemens Maier berkata, syarikatnya berkembang pesat di semua wilayah berkenaan sepanjang tahun lalu.

"Paling cepat berkembang adalah di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Pada tahun lalu sahaja, kami mengalami pertumbuhan sebanyak 20 peratus dalam perolehan pendapatan dan penjualan permainan berpapan itu pula meningkat sebanyak 22 peratus," katanya.

"Dulu, anak-anak akan bermain dengan permainan berpapan ini sampai usia mereka mencecah 12 tahun, tetapi sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah beralih kepada permainan digital sekitar usia 8 tahun," katanya kepada wartawan portal dw.com/id/.

Begitupun, saat pandemik kini telah mengubah semula corak permainan pengguna. Permainan berpapan kembali menjadi 'buruan' ibu bapa untuk anak masing-masing.

Disebabkan permintaan yang melambung tinggi itu, portal dw.com/en/ melaporkan, syarikat board game meningkatkan pelaburan masing-masing untuk menambah kapasiti pengeluaran.

[caption id="attachment_36117" width="1024"] ORANG ramai sedang beratur di hadapan sebuah kedai permainan di Berlin, Jerman.[/caption]

Baca juga POCO M3 telefon pintar khusus untuk kaki game

"Trend semasa menunjukkan peningkatan minat dalam kalangan orang dewasa dengan segmen permainan papan global bernilai sekitar AS$15 bilion.

"Angka itu berkembang lebih tinggi daripada keseluruhan pasaran permainan," kata portal tersebut.

Ledakan permintaan yang tidak terduga itu sebenarnya telah mengatasi kemampuan pengeluar dan pengedar dalam pasaran tersebut.

Ini kerana lapor dw.com/id/, kira-kira 80 peratus permainan dan bahan asas dibekalkan dari China. Bahkan ketika China memperketatkan beberapa sempadan dan wilayahnya pada awal tahun 2020 lalu menyebabkan kilang di luar negara itu terpaksa menunggu lebih lama untuk penghantaran bahan mentah.

Menurut Hutter, pengiriman barang tersebut dijangka akan tetap bermasalah sehingga tahun ini.

"Malah, harga pengiriman oleh kontena meningkat empat kali ganda berbanding dengan tempoh sama tahun sebelumnya.

"Nasib baiklah syarikat permainan seperti Revensburger di Jerman dan Piatnik dari Austria kurang bergantung import dari China," katanya.

Menjengah pula dalam segmen kanak-kanak, portal dw.id/en/ melaporkan, pasaran permainan kecuali segmen pendidikan tidak menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun 2020.

"Sebagai contoh, pasaran permainan di Itali menyusut sebanyak 8 peratus. Begitu juga permainan berpapan untuk pelbagai pemain yang tidak mengikuti trend positif," katanya.

Tidak sangka pula rupa-rupanya board game dicari balik di luar negara. Kita di Malaysia pula main apa untuk isi masa bersama keluarga?

Mungkin kita boleh contohi cara mereka meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Di samping itu, bolehlah kita perkenalkan semula permainan berpapan yang sering kali kita main ketika masih kecil.

Sumber: Republika.co.id, dw.com/en/ & dw.com/id/

Foto: Reuters, dw.com/en/ & Freepik