Restoran muflis, 10,000 hilang kerja akibat Covid-19 di Jepun

Iklan
Restoran muflis, 10,000 hilang kerja akibat Covid-19 di Jepun

BANYAK industri terjejas akibat Covid-19 tidak kira dalam atau luar negara.

Jika di negara kita, sektor perhotelan banyak mengambil tindakan menutup operasi akibat pandemik , lain pula yang terjadi di Jepun.

Iklan
Iklan

Menurut data yang dikeluarkan sebuah firma penyelidikan, Tokyo Shoko Research Ltd. melaporkan, sebuah penginapan di wilayah Aichi telah menangguhkan operasinya sejak Februari tahun lalu, menjadikan ia perniagaan pertama yang muflis.

Iklan

Pada Jun lalu, 104 kes muflis dilaporkan, kemudian terdapat penurunan pada bulan Julai dan Ogos, sebelum ia kekal melebihi 100 kes sejak September.

Iklan

Sementara itu, data Kementerian Buruh menunjukkan jumlah pekerja industri restoran yang dipecat atau kontraknya tidak diperbaharui melebihi 10,000, di kedudukan kedua selepas industri pembuatan.

Baca juga Video wanita aerobik layan ‘Ampun Bang Jago’ tular, tak perasan apa berlaku

Difahamkan, banyak peniaga merungut kerana kerajaan pusat dikatakan gagal mengambil langkah pencegahan Covid-19 yang benar-benar berkesan.

Di Malaysia, kita berharap dan berdoa agar perkara buruk tidak terjadi. Jadi, terus amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.