Biar betul! Nenek 50 tahun bongkar rahsia kecantikan dan awet muda

Iklan
Biar betul! Nenek 50 tahun bongkar rahsia kecantikan dan awet muda

SEORANG selebriti berusia 50 tahun dari Gold Coast, Australia tampil berkongsi rahsia kecantikan dan awet muda.

Iklan
Iklan

Mereka mengatakan bahawa Gina kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenarnya.

Gina dengan itu mengakui dan mengatakan bahawa makan makanan yang sihat dan minda yang cergas adalah kuncinya.

Iklan

Katanya kepada Daily Star, dirinya sangat percaya bahawa kekuatan akal adalah yang paling penting.

Iklan

Gina yang mempunyai 30,000 pengikut di Instagram itu turut membongkar kekal awet muda dengan sentiasa berfikiran positif dan mengurangkan atau menghilangkan perkara-perkara negatif.

Nenek yang berwajah glamor itu juga mengamalkan berjalan dengan kerap, minum banyak air dan berusaha mengikuti diet yang sihat untuk mengekalkan penampilannya.

Gina yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-50 itu turut meninggalkan pengambilan gluten dalam dietnya.

Baca juga Beg mencurigakan depan pintu rumah ibadat disangka bom, rupa-rupanya…

Gina menjadi terkenal pada bermula tahun 2018 ketika dia mara ke final di peraduan Maxim's Finest Australia. Pertandingan itu turut disertai peserta berusia 18 tahun. Dia kalah dengan Miss Maxim Australia tetapi mendapat gelaran 'nenek terhangat di dunia'.