Cucuk sudu dalam lubang soket elektrik, kanak-kanak 2 tahun meninggal

Iklan
Cucuk sudu dalam lubang soket elektrik, kanak-kanak 2 tahun meninggal

PENGGUNAAN tenaga elektrik tidak diurus secara baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sehingga membawa maut.

Secara luaran, mangsa renjatan elektrik mungkin dilihat tidak mengalami kecederaan serius.

Iklan
Iklan

Namun, kecederaan yang teruk boleh terjadi pada organ dalaman seperti jantung, otot dan saraf berpunca daripada pengaliran arus elektrik.

Iklan

Seperti yang terjadi di Filipina apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat renjatan tersebut ketika berada di rumah.

Iklan

Katanya, dia tinggalkan sudu besi tu atas meja yang tinggi selepas membuat bancuhan susu anaknya, Jake Angsara dan tidak menyangka anaknya mampu capai dan terus cucuk ke dalam soket elektrik.

Dia yang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus bawa ke hospital berdekatan.

Namun, pihak hospital gagal menyelamatkan Jake dan kemudian, disahkan meninggal dunia.

Baca juga Gara-gara kreatif hantar resume, lelaki dapat 10 tawaran kerja

Semoga kejadian yang menimpa keluarga ini dapat berikan kita pengajaran. Elakkan meletak barangan elektrik di tempat yang mudah digapai anak-anak.