KISAH pasangan suami isteri yang berkekalan hingga ke usia tua sering menjadi inspirasi.
Walaupun usia semakin meningkat, kasih sayang kepada pasangan seperti tidak pernah berakhir, malah selalu bertambah setiap hari.
Sudah tentu, apa-apa perkara yang dilakukan bersama susah dan senang untuk saling melengkapkan lebih-lebih lagi ketika menghadapi masalah.
Seperti apa yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini.
Turut dilihat mereka seperti saling menguatkan antara satu sama lain melalui detik-detik terakhir bersama sebelum pembedahan dilakukan.
Baca juga Bekas isteri roboh rumah harta sepencarian dengan bekas suami
Video tersebut ternyata mencuri perhatian ramai sehingga kini telah mendapat hampir 3 juta tontonan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan pengorbanan si isteri;
Setiap pasangan sudah tentu mempunyai kisah cinta mereka sendiri. Setiap pasangan juga mempunyai cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka.
Bukan hanya pasangan muda yang dapat menunjukkan cinta, pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin juga mempunyai cara yang berbeza untuk membuktikan cinta sejati.
Semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi buat pasangan suami isteri masa kini.