BUKAN kali pertama berita mengenai serangan anjing liar atau jalanan ini. Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko terkena serangan haiwan tersebut.
Seperti apa yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut setelah diserang oleh sekumpulan anjing liar.
Kata ibunya, selepas terdengar jeritan, dia keluar dan melihat anak perempuannya diserang anjing berkenaan sebelum meminta pertolongan.
Beberapa orang berjaya menghalau anjing tersebut dan kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa terima rawatan.
Menurutnya, mereka membawa Shadh ke hospital berdekatan pada jam 5.30 petang dan petugas kesihatan memberitahu dia dalam keadaan stabil.
Mereka terpaksa menunggu di bahagian luar hospital sebagai langkah keselamatan akibat Covid-19.
Namun pada jam 7.50 malam, mereka diberitahu kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.
Baca juga Rangka kanak-kanak berusia 6,000 tahun ditemui di gua paling mengerikan
Al Salam turut menggesa kerajaan membunuh anjing jalanan di kawasan tersebut yang sering dikunjungi orang ramai bersama anak-anak mereka pada hujung minggu.
Insiden berkenaan berlaku pada 12 Mac lepas di Al-Washaila yang terletak kira-kira 25 km di selatan Riyadh dan jenazah Shahd dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mansouriya pada 14 Mac lalu.