JIKA sebut sahaja pasal hutang, kawan rapat pun boleh jadi musuh!
Begitulah, antara masalah yang berlaku apabila berkawan rapat dengan seseorang, dia datang kepada kita untuk memimjam duit.
Kita pula jadi serba salah, jika tak memberi mulalah rasa tak senang duduk.
Korang ingat senang ke nak minta balik hutang dengan kawan sendiri? Lagi-lagi si penghutang diam menghilangkan diri.
Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini yang terpaksa menggunakan cara yang 'kasar' untuk meminta kembali duit yang dipinjam oleh rakannya.
Gambar buku Yasin tersebut kemudia dimuat naik di Facebook berserta kapsyen bagi meminta orang ramai yang mengenali penghutang itu untuk mengembalikan wangnya.
Difahamkan wanita itu bertindak demikian akibat sudah terlalu penat dengan helah si penghutang.
Bukan setakat itu sahaja, wanita itu turut mengirimkan buku Yasin berkenaan kepada keluarga si penghutang bagi mendapatkan wangnya.
Namun, bila tiba waktu yang dijanjikan untuk membayar hutang, dia menghilangkan diri.
Paling menyedihkan, Jeanis turut mendakwa penghutang tersebut telah ‘block’ dirinya di semua media sosial.
Agaknya, berjaya atau tidak ya wanita itu mendapatkan semula duitnya? Mungkin kita pun boleh membuat kaedah seperti itu untuk meminta kembali hutang.
Sumber : Kumparan