Banjir, tanah runtuh ragut puluhan rakyat Indonesia dan Timor Timur

Iklan
Indonesia

BANJIR kilat bersama hujan lebat di Indonesia telah meragut nyawa 41 orang di wilayah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur,  Indonesia, semalam.

Menurut laporan CNN, perkara itu telah disahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Iklan
Iklan

Jurucakapnya, Raditya Jati berkata dalam satu kenyataan, sekurang-kurangnya tiga lagi dilaporkan turut terbunuh di negara jiran,  Timor Timur.

Iklan

Di pulau Adonara di sebelah timur Flores pula sebuah jambatan runtuh dan para penyelamat bertempur dengan hujan lebat, angin kencang dan ombak, tambahnya.

Keadaan itu juga menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian.

Iklan

Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur.

Baca juga [VIDEO] Misteri kehilangan pekerja syif malam terjawab, rupa-rupanya…

Sementara di negara jiran Timor Timur, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah antara tiga mangsa yang terbunuh dalam tanah runtuh di pinggir ibu kota, kata seorang saksi Reuters, walaupun tidak ada jumlah korban atau kematian rasmi.

Timbalan Perdana Menteri Timor Timur, Lorosa'e José Reis berkata, hujan lebat dan limpahan air telah menenggelamkan rumah dan juga meragut nyawa beberapa mangsa.