SETELAH beberapa minit melalui detik dinobat sebagai ratu cantik, seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kecederaan di kepala.
Begitulah yang terjadi kepada ratu cantik Mrs Sri Lanka 2021, Pushpika De Silva baru-baru ini.
Dia cedera di bahagian kepala apabila mahkota kemenangannya dirampas dalam kejadian yang disiar secara langsung di televisyen di Colombo.
Menurut Global News, Jurie bertindak sedemikian kerana mengatakan De Silva telah bercerai dan dia tidak layak untuk memenangi pertandingan tersebut.
Memandangkan syarat pertandingan mewajibkan pesertanya yang masih berkahwin, justeru Jurie mengambil semula mahkota di kepala De Silva untuk dianugerahkan kepada naib juara.
Namun, De Silva telah menafikan yang dirinya telah bercerai cumanya dia hanya tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.
Baca juga Sayunya tidak mampu beli belon, adik beradik ini buat sesuatu demi hari jadi ayah
Selain dimalukan, dalam sebuah muat naik di Facebooknya, wanita itu juga mendakwa dirinya mengalami kecederaan di kepala semasa mahkotanya ditarik dengan kasar di atas pentas.
Namun, pihak penganjur telah menobatkan semula dirinya sebagai Mrs Sri Lanka.
Pihak organisasi Mrs World telah jalankan siasatan mengenai masalah yang terjadi.
Sumber : Global News & the quint