Dulu gelandangan bawah jambatan, kini jadi model terkenal

Iklan
ali

TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah pepatah yang sesuai menceritakan kisah hidup lelaki berkulit hitam ini. Dia dahulunya hidup sebagai gelandangan kini berubah nasib menjadi seorang model terkenal.

Iklan
Iklan

Pada mulanya, bakat Ali Olakunmi disedari oleh pengarah kreatif agensi peragaan dari Nigeria, Afolabi.

?s=20

Iklan

Lapor Oddity Central, Afolabi terserempak dengan Ali di bawah jambatan ketika menunggu kedatangan seorang model untuk sesi fotografi.

Menyedari Ali mempunyai ciri-ciri seorang model, beliau meminta pemuda dari Osun, Nigeria itu mengenakan pakaian yang dibawa dan menggayakannya.

Iklan

Selepas ciapan Afolabi menjadi tular, banyak agensi peragaan antarabangsa di Lagos yang menghubunginya.

Ali juga sudah membuka akaun Twitter yang dikendalikan syarikat pengurusan yang kini mempunyai lebih 4,328 pengikut.

?s=20

Walaupun sebelum ini merupakan seorang gelandangan, Ali membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya.

Kita hendaklah percaya bahawa nasib seseorang boleh berubah jika di izin olehNya. Sebagai manusia biasa, kita haruslah sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Baca Juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel