BIDANG automotif merupakan satu bidang yang luas dan lazimnya diceburi kaum Adam. Namun kini bidang ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda tanpa mengira gender.
Bidang automotif yang berteknologi tinggi memerlukan tenaga yang berkemahiran dari segi penyelenggaraannya. Walaupun bidang ini dimonopoli oleh lelaki, golongan wanita juga tidak ketinggalan untuk menceburinya.
Baca Juga: Tolong…kereta, rumah, bilik berbau tengik. Jangan risau penyelesaiannya hanya di hujung jari
Huda al-Matroushi adalah salah seorang wanita warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyertai dunia automotif ini. Menurut laporan Reuters, Matroushi sangat bangga dengan kerjayanya dan perniagaan yang diceburi itu.
Menjadikan kereta sebagai hobi sejak kecil, Matroushi, 26, berkata, dia sangat meminati kereta termasuklah model dan peralatannya. Tidak kira kereta ‘sports’, kereta mewah mahupun kereta biasa, dia menyukai semuanya.
Oleh itu, dia menjadikan automotif sebagai ‘passion’ dan kerjaya dan kini wanita ini mempunyai sebuah kedai membaiki kereta di Shatrjah.
Pada mulanya, keluarga Matroushi meragui keputusan anak perempuan mereka untuk menceburi bidang mekanikal kereta tetapi Matroushi meminta bapa untuk mempercayai dirinya.
Pekerja lelakinya, Mohammed Halawani berkata, agak jarang untuk melihat wanita bekerja di garaj. Tetapi, selepas menyertai dan bekerja bersama Matroushi, ternyata wanita itu sangat berbakat.
Baca Juga: 6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas
Matroushi berharap untuk membuka kedai kereta yang lebih besar dan meluaskan cawangan ke seluruh UAE.
Bulan lepas, UAE menetapkan undang-undang baru apabila semua syarikat yang berpangkalan di negara itu mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di dalam setiap jawatan tertinggi.
Sumber: Reuters