KUCING merupakan haiwan yang paling disukai oleh ramai orang. Sikapnya yang manja dan comel menambat hati sesiapa pun tidak kira tua atau muda.
Tetapi, tahukah korang tidak semua kucing jinak. Black-Footed Cat adalah salah satu spesies kucing terkecil di dunia. Dengan berat dua hingga lima paun dan panjang hanya 14 hingga20 inci, mereka adalah spesies kucing terkecil di Afrika.
Walaupun saiz badan yang kecil, ‘si bulus’ ini cukup gigih dan terkenal mempertahankan diri daripada serigala yang berukuran lapan kali ganda lebih besar.
Haiwan ini juga memiliki tengkorak lebar dengan telinga besar dan bulat yang memberi ia pendengaran yang luar biasa untuk mencari mangsa. Telinga mereka yang rendah biasanya rata dengan postur yang agresif, dapat membantu mereka untuk berburu di kawasan yang terpencil. Selain deria pendengaran yang kuat, penglihatan malam Black-Footed Cat sangat baik.
Setiap malam, kucing ini juga boleh berjalan sejauh 10 batu untuk mencari makanan dan mereka mempunyai metabolisme yang sangat tinggi. Oleh itu mereka perlu makan 20 peratus daripada berat badannya setiap hari. Pada kebiasaannya, mereka akan makan 10 hingga 14 ekor tikus dan burung pada satu malam dan ini melebihi jumlah hasil memburu seekor harimau bintang dalam tempoh enam bulan!
Baca juga: Ikan lumba-lumba ‘khayal’ di lautan menggunakan ikan buntal
[caption id="attachment_45392" width="1024"] Foto: BBC[/caption]
Kalau korang nak tahu, kucing spesies Black-Footed ini adalah pemburu yang sangat cekap dan menggunakan tiga teknik yang berbeza iaitu pemburuan bergerak pantas yang menyebabkan mangsa tidak sempat bersembunyi, pergerakan secara perlahan dan mengejar secara senyap dan ada juga yang hanya duduk dan tunggu di mana mereka dengan sabar akan menunggu di luar sarang tikus sehingga si mangsa itu muncul.
Sebenarnya Black-Footed Cat ini sangat liar dan susah untuk dijejaki. Melalui beberapa kajian yang telah dibuat, Kolar radio telah membantu mengesan proses perburuan pada waktu malam dengan bantuan kamera canggih dan sensitif cahaya.
Baca juga: Khababe Lame, TikTokers terkenal hanya menggunakan mimik muka
Pada tahun 2019, anggaran spesies ini hanya 10,000 ekor sahaja. Ancaman utama terhadap Black-Footed Cat ini adalah penerokaan, penebangan hutan dan keracunan.
Oleh itu, untuk mengelakkan kucing spesies ini daripada terus diancam kepupusan, pemuliharaan hutan dan hidupan liar haruslah diberi keutamaan. Jangan disebabkan oleh ketamakan manusia, flora dan fauna menjadi mangsa.
Sumber: Fossil Rim Wildlife Center