YouTuber 'terbangkan' anjing peliharaan ditahan polis. Organisasi perlindungan haiwan, netizen selar tindakan

Iklan
YouTuber 'terbangkan' anjing peliharaan ditahan polis. Organisasi perlindungan haiwan, netizen selar tindakan

ITULAH kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar!

Gara-gara mengejar populariti dengan membuat content video yang kononnya 'disukai' ramai, akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Iklan
Iklan

Polis India telah menahan seorang YouTuber yang dikatakan mengikat sejumlah belon berisi gas helium pada anjing peliharaan supaya ia terbang.

Iklan

Gaurav Sharma, 32, yang mempunyai empat juta followers di YouTube, merakam video untuk viral yang memaparkan anjingnya diikat pada sejumlah belon, lalu dilepaskan 'terbang'.

Menerusi video tersebut, Sharma menunjukkan dirinya sedang berdiri di atas sebuah kereta.

Iklan

Sejumlah belon berisi gas helium diikat pada badan anjing, dilepaskan dan haiwan itu melayang ke udara.

Sharma mendakwa dirinya melakukan sesi rakaman mengikut semua langkah keselamatan.

Bagaimanapun, video terbabit dikeluarkan dari YouTube setelah mendapat kecaman netizen.

Enggan memanjang isu dan meredakan kemarahan warga maya, YouTuber berkenaan kemudiannya memuat naik video memohon maaf.

Baca juga Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama

Sharma turut memohon maaf kerana penghasilan video sedemikian dikatakan dipengaruhi YouTuber lain supaya melakukan tindakan serupa.

Lelaki itu turut meminta penonton untuk tidak meniru aksi tersebut, malah mengakui dirinya pencinta haiwan dan melayan Dollar seperti anak.

Itulah, peringatan kepada korang. Jangan semata-mata mengejar 'viral' kita bertindak luar batasan. Moga kejadian seumpama itu tidak berlaku di negara kita.