[VIDEO] Wow! Wanita guna syiling beli motosikal, hasil menabung lima tahun

Iklan
1

'SEDIKIT-sedikit, lama-lama jadi bukit'.

Ini antara peribahasa yang sering dikaitkan dengan tabiat menabung. Pada peringkat awal menabung memang sedikit, tetapi lama-kelamaan wang yang disimpan akan bertambah jumlahnya.

Iklan
Iklan

 

Iklan

Menabung memberikan pelbagai manfaat. Antaranya mendidik sikap berjimat cermat dan tidak boros. Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri, maka setiap sen dibelanjakan pasti dicongak secara berhemah.

 

Iklan

 

Seorang wanita di negara jiran, Indonesia salah satu individu yang istiqamah dalam amalan menabung. Berkat kegigihannya menabung duit syiling selama lima tahun membuatkan beliau mampu membeli motosikal secara tunai.

Video dikongsikan menerusi akaun Tik Tok @siwipanca itu, memaparkan aksi seorang wanita di kaunter sebuah bilik pameran wakil jualan motosikal.

Kapsyen pada video itu menyatakan wanita berusia lingkungan 40 tahun berkenaan membeli motosikal secara tunai menggunakan wang tabungan.

Baca juga Hampir 18 Juta Tontonan, Ramai Kagum Gadis Comel Berani Pegang Puluhan Ular

 

[caption id="attachment_47689" width="1024"] Model motosikal Honda Scoopy yang dikatakan dibeli wanita itu.[/caption]

 

https://www.tiktok.com/@siwipanca/video/6950870007425305858?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6967185706204857857

Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Paparan video itu juga menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang memuji kecekalannya menabung sehingga berjaya membeli motosikal.

Malah, ada juga memuji wakil penjual kenderaan itu yang masih melayani dengan baik walaupun terpaksa mengira wang syiling dalam kuantiti yang banyak.

"Allahumma solli ala saiyidina Muhammad, syiling pun wang juga. Selagi masih laku jangan remehkan. Salute ibu ini dan pekerja dealer yang melayani dengan baik.”-Dhani Mayleen

"Saya salute kepada pihak dealer, walaupun pakai  syiling diterima dan dilayan dengan baik.”-Luthfi Fauzan

"Yang penting masih wang. Dealernya pun pintar,  syiling juga wang ditukar ke bank masih laku. Ibu ini percaya yang kecil boleh jadi besar.” awi_BAB

Sumber: Tiktok