[VIDEO]Tinggal 2 peratus harapan untuk hidup. Peserta kanser tulang belakang, paru-paru jentik hati juri America's Got Talent

Iklan
Tinggal 2 peratus harapan untuk hidup. Peserta kanser tulang belakang, paru-paru jentik hati juri America's Got Talent

SEORANG peserta America's Got Talent (AGT) menjentik hati empat juri termasuk Simon Cowell yang terpana dan mengalir air dek kisah hidup dan lagu yang dinyanyikan.

Dalam episod kedua berjudul Audition 2 yang ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Jun lalu, mempamerkan seorang peserta wanita berambut pendek berdiri di atas pentas di hadapan juri dan para penonton.

Iklan
Iklan

Ketika Cowell bertanyakan keadaannya, beliau berkongsi mempunyai barah pada paru-paru, tulang belakang dan hati.

Iklan

Beliau kemudian menyanyikan lagu karyanya sendiri bertajuk, It's Okay. Lagu tersebut menceritakan

Iklan

kisah perjuangannya untuk bangkit keluar daripada kesukaran dan yakin bahawa semua akan baik-baik sahaja.

Biarpun lontaran suaranya menahan sebak, tetapi semangat juang beliau tinggi sehingga membuatkan hadirin yang berada di dalam dewan tidak bersuara.

Malah, Cowell juga tercengang sebaik sahaja muzik berhenti lantas juri dan semua penonton menghadiahkan tepukan gemuruh kepada Nightbirde.

Sofia Vergara pula kelihatan sesekali menyeka air mata semasa menyaksikan persembahan tersebut dan Heidi Klum mengakui tersentak tatkala lagu itu didendangkan.

Baca juga Festival Perahu Naga saji makanan ikut budaya setempat, turut di diraikan di lingkungan Asia Timur

Pun begitu, Cowell tidak memberikan jawapan 'ya' untuk persembahan Nightbirde, sebaliknya memilih menekan Golden Buzzer. Ia secara tidak langsung melayakkan peserta terbabit mara ke pusingan akhir.

Nightbirde kemudiannya, meraikan pencapaian itu menerusi catatan di Instagram dengan menunjukkan foto Cowell yang memujinya di atas pentas.

Sumber : CNN Indonesia