Festival Perahu Naga saji makanan ikut budaya setempat, turut di diraikan di lingkungan Asia Timur

A
A
A

 

HARI ini, masyarakat di China menyambut perayaan Perahu Naga. Selain Qing Ming Jie (Tomb Sweeping Day), Zhong Qiu Jie (Mid-Autumn Day) dan Chun Jie (Spring Festival), Duan Wu Jie atau Pesta Perahu Naga merupakan salah satu daripada empat perayaan tradisional yang utama di China.

Perayaan ini turut diraikan oleh masyarakat Cina di negara-negara lingkungan budaya Asia Timur seperti Jepun, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Korea.

Pelbagai makanan berlainan yang dihidangkan mempunyai kepentinga berbeza bergantung kepada festival yang dirayakan dan lokasi meraikannya. Untuk Festival Perahu Naga, makanan yang disediakan juga berbeza.

Pesta Perahu Naga meriah dan berwarna-warni di China, ini kisah disebaliknya

Zongzi

Ia adalah salah satu makanan utama yang dimakan ketika Festival Perahu Naga. Zongzi merupakan sejenis makanan yang menggunakan daun buluh untuk membalut beras pulut dalam bentuk piramid. Terdapat beberapa tambahan yang berbeza seperti kuning telur, biji teratai, pes kacang merah, bunga mawar, tembikai, kurma, buah berangan dan daging khinzir menjadi ramuan sajian ini. Pada hari ini, terdapat pelbagai bentuk dan jenis zongzi yang dijual.

Jiandui

Ia adalah sejenis pastri yang dibuat dari tepung pulut dan tepung beras. Pastri ini digoreng garing dan disalut bijan di bahagian luar tetapi kenyal di dalam. Orang dahulu percaya bahawa memakan Jiandui akan membantu memperbaiki langit ketika musim hujan dengan menutupi lubang dan menghentikannya.

Penkek nipis

Penkek ini diperbuat dari tepung gandum dan digoreng dalam kuali sehingga menjadi sangat nipis dan ringan kebanyakannya dimakan di kawasan Wenzhou. Selalunya ia diletakkan inti kacang hijau, daun bawang, daging cincang dan cendawan.

Festival Perahu Naga saji makanan ikut budaya setempat, turut di diraikan di lingkungan budaya Asia Timur

Telur dikukus dengan Teh

Sajian ini banyak disediakan di wilayah Nanchang. Telur direbus dengan teh kemudian kulit telur diwarnakan merah sebelum dimasukkan ke dalam beg berwarna dan digantung pada leher kanak-kanak untuk memberi mereka nasib yang baik.

Perlumbaan perahu naga

Perlumbaan perahu naga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap kali Pesta Perahu Naga disambut. Pada mulanya, perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti yang diadakan untuk menghargai Qu Yuan.

Dengan perkembangan masa, Perayaan Duan Wu disebarkan ke nagara lain di Asia seperti Korea , Jepun , Vietnam dan negara-negara lain.Perayaan perahu naga selalu menjadi simbol dalam semangat dan kebudayaan bangsa Cina.

Baca juga: Pesta Perahu Naga meriah dan berwarna-warni di China, ini kisah disebaliknya

Ia merupakan salah satu perayaan besar masyarakat Cina yang diadakan setiap tahun dan hari ini boleh disaksikan di seluruh dunia. Ketika festival perahu naga, pelbagai aktiviti lain berlangsung turut diadakan seperti ;

Memakai beg dupa

Pada masa lalu, banyak penyakit dan wabak dikatakan meresap di tanah pada tahun yang sama dengan festival. Oleh itu beg dupa digantung pada leher mereka. Ia juga dipercayai oleh masyarakat disana sebagai perlindungan daripada dari roh jahat.

Menggantung kayu pada pintu

Menggantung calamus dan wormwood adalah salah satu tradisi dipercayai dapat menangkis roh, menjauhkan kejahatan dan membawa kesihatan kepada keluarga masyarakat di China. Ia juga dianggap lebih praktikal untuk mengusir pelbagai serangga dari rumah.

Republik Rakyat China ialah sebuah negara yang unik dan penuh dengan kebudayaan. Selain kepelbagaian kaum dan adat, negara ini juga mempunyai sejarah kompleks.

Festival Perahu Naga adalah salah satu acara berwarna-warni yang meriah dan menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat setempat, malahan seluruh dunia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang