[VIDEO] Penyu belimbing sesat di air tawar, penduduk prihatin sanggup pindahkan ke laut

Iklan
penyu

 

PENYU adalah hidupan marin dan hidup di dalam air laut yang masin.

Iklan
Iklan

Ia tergolong di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung.

Penyu adalah haiwan marin yang diancam kepupusan. Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok berkenaan seekor penyu belimbing sesat di air tawar. Penyu spesis Dermochelys Coriacea itu ditemui di Rawa Indonesia.

Iklan

Menerusi hantaran video TikTok @bocilcilciilgemooooyy, penyu belimbing itu diselamatkan oleh penduduk tempatan setelah dua hari terdampar di dalam sungai.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menjangka penyu itu boleh sesat sehingga ke sungai tersebut.

Penyu belimbing atau The Leatherback Sea Turtle merupakan haiwan yang dilindungi di Indonesia. Ini kerana penyu spesies ini semakin berkurangan, bukan hanya di Indonesia malah di Malaysia.

Kalau korang nak tahu, penyu spesis ini adalah antara penyu terbesar di dunia. Apa yang menarik adalah, penyu merupakan simbol peringatan hubungan diplomatik Indonesia dan Amerika Syarikat.

Spesis ini juga boleh hidup hingga ratusan tahun. Menurut Word Widlife Fun (WWF), penyu belimbing ini diancam kepupusan dengan purata hanya 2,300 penyu betina dewasa yang masih hidup.

Baca Juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

Penyu belimbing satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cangkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg.

Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di Rawa Indonesia itu wajar dipuji kerana mereka berusaha menyelamatkan kehidupan laut itu.

Di peringkat global, semua spesies penyu tersenarai dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) dan tersenarai dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi (Red Lists, International Union for Conservation of Nature – IUCN).

Ini menjadikan ia hidupan yang sangat penting dan kritikal untuk dilindungi. Spesies ini merupakan komponen penting dalam mengimbangi kestabilan ekosistem marin. Malah ini merupakan ikon untuk pelancongan yang mampu menarik minat umum kepada konservasi alam sekitar.

Semoga keprihatinan masyarakat seumpama ini terhadap hidupan laut menjadi contoh dan membantu mengelakkan ia daripada pupus.

Sumber: TikTok