4 pengawal, 9 ekor anjing dikerah jaga kebun mangga Miyazaki, termahal di dunia

Iklan
4

PASANGAN suami isteri di Jabalpur, India menggunakan khidmat sembilan ekor anjing dan tiga pengawal untuk menjaga tanaman buah mangga jenis Miyazaki yang termahal di dunia.

Sebanyak 150 pokok mangga yang jarang ditemui di dunia itu ditanam di kebun pasangan terbabit. Pun begitu, setakat ini hanya empat batang pokok sedang berbuah.

Iklan
Iklan

Mengimbau tatkala mengusahakan tanaman itu empat tahun lalu, pemilik kebun Sankalp Parihar berkata, pada awalnya mereka bercadang menanam kelapa berwarni-warni di Chenai.

 

Iklan

 

Iklan

Namun begitu, seorang rakan mencadangkan menanam mangga jenis Miyazaki yang jarang ditemui untuk dikomersialkan.

Walaupun buah berkenaan jarang ditemui dan nilainya mahal di pasaran, tetapi pasangan itu belum menjualnya.

Baca juga [VIDEO] Jangan Main Petik Buah Daripada Pokok Tidak Bertuan. Ini Dia Adab Yang Islam Ajar Jika Kita Nak Manfaatkan Buah-Buahan Tadi

 

"Kami ada pembeli yang sedia membayar RS21,000 (RM1,176) sebiji. Namun buat masa ini kami belum memutuskan untuk menjual,” kata Sankalp seperti dipetik Times Of India.

Nama mangga Miyazaki diinspirasi dari sebuah bandar di Jepun yang turut menanam buah terbabit.

 

Rata-rata sebiji mangga ini beratnya kira-kira 350 gram. Mangga jenis itu kaya dengan antioksidan, beta-karoten dan asid folik. Ia ditanam pada musim penuaian puncak antara bulan April dan Ogos.

Selain ditanam di India, mangga berkenaan turut dikomersialkan di Bangladesh.