Patutlah atlet Olimpik Tokyo 2020 dilarang gigit pingat. Ini sebabnya...

Iklan
16

Jangan lupa follow kami di Instagram!

RUTIN menggigit pingat atau medal pada acara sukan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan atlet.

Iklan
Iklan

Menyorot sejarah pada zaman dahulu tabiat menggigit medal adalah untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada logam tiruan.

Pun begitu, berlainan situasinya di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila penganjur meminta para atlet berfikir dua kali untuk menggigit medal dimenangi.

Iklan

Ini disebabkan semua pingat pada kejohanan kali ini diperbuat menggunakan bahan elektronik yang dikitar semula seperti telefon bimbit.

Iklan

Jawatankuasa penganjur memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter.

"Kami ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit!

"Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun.

"Jadi, usah menggigitnya ...tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya (gigit medal),” katanya.

Terdahulu, sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 pihak penganjur mengambil inisiatif mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan medal daripada bahan kitar semula.

Baca juga Wang Ganjaran RM2.98 Juta, Penerbangan Percuma Sepanjang Hayat Menanti Hidilyn Diaz

 

 

Selain pingat, rangka katil dan tilam di asrama atlet juga berasaskan bahan kitar semula.

Sementara itu, memetik laporan Forbes kali terakhir sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen 100 peratus adalah pada tahun 2012, namun ia bersaiz kecil sahaja.

Pada Sukan Olimpik Rio 2016, setiap pingat emas hanya mengandungi enam gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan medal tersebut.

Sumber: National Post