JENAMA Proton merupakan sebuah jenama kereta tempatan yang sinonim dengan rakyat Malaysia.
Ia merupakan jenama tempatan pertama yang setanding dengan jenama-jenama lain dalam industri pembuatan
automotif.
Walaupun sudah berdekad lamanya mewarnai industri automotif tempatan, model ini masih kekal menjadi salah
satu model terbaik pengeluar kereta nasional ini.
Malah ia juga cukup terkenal di pasaran antarabangsa sejak dari dulu lagi apabila model seperti Proton Saga
mula dieksport ke negara luar seperti United Kingdom.
Pemiliknya, Jon Coupland (30) berkata model dari tahun 1989 itu dibelinya pada tahun 2019 dan Proton Saga
model Black Knight Edition miliknya itu ialah model terakhir yang masih wujud di Britain.
Jon yang juga seorang anggota polis sememangnya seorang peminat kereta tegar sejak dari usia muda lagi.
Festival yang dihadiri lebih dari 3,000 peminat kereta itu mempertandingkan 50 buah kereta, dinilai secara
teliti dari pelbagai aspek bagi mencari kereta yang paling layak untuk dianugerahkan trofi Concours de
l’Ordinaire.
Bercakap tentang asal-usul kereta ‘rare’ itu, Jon memberitahu pemilik asal Saga Black Knight ini sudah tidak
memandu kereta tersebut disebabkan kesihatan kurang baik.
Jon, sebagai pemilik ketiga berkata dia juga tidak selalu memandu kereta ini dan mengeluarkannya hanya untuk
acara seperti Hagerty Festival of the Unexceptional.
Baca juga Berakhir sudah era Valentino Rossi di MotoGP, umum persaraan selepas 25 tahun beraksi
Tampil di tempat kedua dalam pertandingan Concours de l’Ordinaire itu ialah sebuah Peugeot 106 XN Graduate
1991 edisi istimewa, milik Danny Wilson.
Danny menemui kereta itu di Facebook Marketplace pada Mac lalu dan membeli dengan harga £500 (~RM 2,936.03) sahaja.
Sumber: wapcar