[VIDEO] Tip paling berkesan buat bayi mudah melepaskan angin. Kembung perut bukan masalah lagi

Iklan
ONLINE 1

LAZIMNYA, masalah kembung perut sering terjadi dalam kalangan bayi.

Disebabkan itu, bayi akan berasa tidak selesa dan akan merengek serta menangis sepanjang hari.

Iklan
Iklan

Prihatin dengan situasi berkenaan, seorang wanita menerusi akaun TikTok, @kaseybuscemi berkongsi cara melepaskan angin dalam badan anaknya.

Katanya, selain teknik burping (sendawakan bayi), sebenarnya kentut juga salah satu kemahiran khusus yang perlu ibu bapa tahu.

Iklan

Dalam video tersebut, beliau terlebih dulu membaringkan anaknya di atas katil.

Kemudian, wanita itu memegang kaki bayi tersebut untuk membantunya mudah kentut.

Iklan

Hanya menggunakan tangan sahaja, beliau mengurut secara perlahan-lahan sambil menggoyangkan kaki si kecil ke kanan dan kiri secara berulang-ulang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Cara tersebut sangat menjadi!

Buktinya, selang beberapa ketika, bayi tersebut mengeluarkan 'bunyi' sehingga terukir senyuman kelegaan pada bibir wanita berkenaan.

Menjejaki ke rungan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kaedah tersendiri untuk mengelak anak kecil mengalami masalah kembung perut.

Pada masa sama, ada juga yang baharu mengetahui akan teknik yang dikongsikan oleh @kaseybuscemi itu.

Kata mereka, kaedah itu sangat berhasil untuk 'melepaskan' angin dalam perut si manja masing-masing.

Jadi, buat pembaca SinarPlus yang mungkin sudah buntu mencari jalan untuk mengeluarkan angin daripada perut si kecil, cubalah lakukan teknik urutan tersebut.

Baca juga: Tik Tok bawa Bael0n ke persada seni

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!