Lelaki beli kereta guna syiling RM33,000, 20 staf ambil masa 3 jam untuk hitung

Iklan
9

JARANG ditemui transaksi pembelian kenderaan menggunakan wang tunai, apatah lagi melibatkan wang syiling.

Ia bukan sahaja menyukarkan pihak penjual mendapatkan jumlah yang tepat, malah tempoh masa yang diperlukan untuk menghitungnya juga lebih panjang.

Iklan
Iklan

Namun perkara ini benar-benar terjadi di Zhoukou, Henan provinsi, China apabila seorang lelaki membayar kereta yang dibelinya menggunakan wang syiling berjumlah 51,000 yuan (RM33,163).

Menurut perkongsian di Weibo, lelaki berkenaan yang bekerja dalam industri makanan membeli kereta secara tunai berkenaan untuk anaknya.

Iklan

Menurut seorang pekerja bilik pameran kereta dikenali sebagai Chen memberitahu pengiraan wang syiling berkenaan terpaksa dilakukan oleh 20 orang kakitangan.

Iklan

Difahamkan proses pengiraan rumit itu mengambil masa tiga jam.

Netizen terkejut kerana bilik pameran itu masih menerima pembelian berkenaan dan bersetuju untuk menghitung wang tersebut.

Dalam pada itu, warga maya lain mencadangkan agar kakitangan tersebut menggunakan kaunter duit syiling.

"Kedai ini sangat bagus. Mereka rela mengira. Kalau saya tidak mahu transaksi begini.”

"Bank mempunyai mesin yang dapat mengira duit syiling. Lebih senang. ”

"Setelah mengira duit syiling itu, mereka akan pergi ke bank untuk menyimpan wang, dan kakitangan bank harus menghitungnya lagi."

Baca juga [VIDEO] Wow! Wanita Guna Syiling Beli Motosikal, Hasil Menabung Lima Tahun

Melihatkan jumlah duit syiling yang dibawa oleh lelaki itu sudah membuatkan kita pening! Apatah lagi untuk menghitung secara manual, tentu pengiraannya memerlukan ketelitian.

Terdahulu, SinarPlus pernah berkongsikan kisah seorang wanita di Indonesia yang membeli sebuah skuter menggunakan wang syiling simpanannya selama lima tahun

Ikuti kami di Instagram!