PEMAIN bolasepak tersohor, Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan rekod jualan jersi paling laris sejak kembali ke Manchester United.
Jersi nombor tujuh yang bakal disarungkan bekas pemain Juventus itu menjadi rebutan peminat Manchester United sejak beliau mengumumkan untuk kembali menyarungnya.
Pihak pengeluar jersi berkenaan, Adidas dilaporkan bertungkus lumus memenuhi permintaan jersi replika berkenaan hanya dalam tempoh 12 jam selepas pengumuman rasmi bahawa bintang berusia 36 tahun itu kembali ke kelab berkenaan.
Ia adalah sejumlah 406,250 helai sekali gus mengatasi penjualan jersi milik bintang baru Manchester City, Jack Grealish.
Baca juga Cristiano Ronaldo, Manusia Pertama Miliki 303 Juta Followers Instagram
Angka tujuh merupakan salah satu nombor yang menjadi kegemaran dan dikatakan 'bertuah' dalam permainan bola sepak.
Biasanya, nombor tersebut kerap digunakan oleh pemain penyerang. Berikut adalah lima pemain bola sepak terbaik yang menggunakan nombor tujuh pada jersi sepanjang sejarah.
1.David Beckham
David Beckham terkenal kerana memiliki kelebihan kepada tendangan bola mati. Legenda bola sepak itu menggunakan nombor tujuh bermain untuk membela kelabnya, Manchester United.
Beckham menggunakan nombor tersebut ketika masih berusia 21 tahun setelah Eric Cantona pergi meninggalkan Old Trafford. Selama berjuang untuk The Red Devils, Beckham berjaya menciptakan 127 gol. Daripada 127 gol itu, 29 adalah melalui tendangan bebas. Beckham bagaimanapun tidak memakai nombor tujuh semasa bermain untuk Real Madrid.
2.Eric Cantona
Eric Cantona adalah pemain yang memakai jersi nombor tujuh terdahulu sebelum David Beckam. Uniknya, beliau sering ‘menaikkan’ kolar baju sewaktu memakai jersi di setiap perlawanan.
Biarpun kurang bernasib baik bersama skuad kebangsaan Perancis, Cantona berjaya meraih 11 piala bersama pasukan Manchester United.
3.Andriy Shevchenko
Andriy Shevchenko boleh dikatakan pemain bola sepak terbaik yang pernah dimiliki Ukraine.
Shevchenko tampil cemerlang ketika menggunakan jersi nombor tujuh di AC Milan. Ketika itu, beliau telah memenangi anugerah Ballon d'Or pada tahun 2004.
4.George Best
George Best mungkin dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak yang sering menukar kelab. Namun, pemain tersebut telah mencapai banyak kejayaan ketika mempertahankan Manchester United. Beliau bermain dengan The Red Devils secara total selama lebih dari satu dekad iaitu dari tahun 1963 hingga 1975.
Bahkan, disebalik jersi merah itu, Bes memenangi pelbagai gelaran iaitu dua gelaran Liga Perdana, dua Piala Super Eropah, Piala FA dan Piala Juara-Juara Eropah (kini dinamakan semula sebagai Liga Juara-Juara).
Pemain berasal dari Ireland Utara itu mencipta 136 gol dari 361 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris dengan The Red Devils.
5.Raul
Raul adalah legenda dari Real Madrid yang juga salah satu pengguna nombor tjuh yang paling terkenal. Dia adalah bintang dari Los Blancos itu menyarungkan jersi nombor tujuh ketika berusia 17 tahun setelah mewarisi jersi dari Emilio Butragueno, yang meninggalkan kelab berkenaan pada tahun 1995.
Selama satu setengah dekad bersama Real Madrid, Raul telah merah pelbagai kejayaan. Malah beliau menjadi penjaring terbanyak Real Madrid dengan 323 gol sebelum dilalui oleh Cristiano Ronaldo.
Ikuti kami di Instagram