Dulu pengemis, kini cuba nasib bergelar Miss Universe

Iklan
1

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Beberapa tahun lalu, seorang gadis, Rita Gaviola, 13 adalah pengemis jalanan dan mempunyai kehidupan serba kekurangan.

Iklan
Iklan

Kerana desakan hidup, dia dilihat seringkali dilihat mengemis di bandar Lucban, Filipina.

Ayahnya bekerja sebagai pengutip sampah manakala ibunya tinggal di rumah untuk menjaga dia dan lima adik-beradik yang lain.

Iklan

Tiada seorang pun diantara adik beradiknya bersekolah pada waktu itu. Keluarganya hampir sentiasa berlapar sehingga Rita terpaksa keluar mengemis dan atau meminta sumbangan makanan.

Iklan

Burgos tertarik dengan keindahan semula jadi di kawasan berkenaan merakamkan beberapa keping foto termasuk foto Rita secara senyap-senyap dan kemudiannya memuatnaik ke laman sosial.

Dengan hanya beberapa keping gambar itu Rita menjadi viral serta-merta.

Susulan itu, Rita berjaya meraih perhatian beberapa ratu cantik Filipina yang berusaha membantu gadis itu keluar dari kancah kemiskinan.

Selebriti seperti Miss World Philippines 2015, Hillarie Danielle Parungao, Miss International Philippines 2014, Bianca Guidotti dan Miss Earth 2015, Angelia Ong menggunakan media sosial masing-masing memuji fizikal Rita yang jelita menyerupai model.

Sebagai anggota etnik minoriti Badjao di Filipina, Rita dijuluki gelaran"Badjao Girl." Pada usia 13 tahun bakat Rita diketengahkan dalam dunia peragaan dan hiburan.

Dia mula memperagakan pelbagai jenama dan berlakon watak kecil dalam siri televisyen.

Susulan daripada itu, anak sulung daripada lima adik beradik ini turut diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon termuda dalam rancangan realiti antarabangsa, Big Brother.

Peluang berkenaan digunakan Rita untuk membina pengaruh dan khalayaknya sendiri.

Beberapa hari lalu, Rita menyuarakan hasratnya untuk menyertai pertandingan ratu cantik bertaraf antarabangsa, Miss Universe.

"Kecantikan tidak sempurna, ia tetap bersinar walaupun kekurangan anda, #miss u universe soon,” kongsinya di Instagram.

Baca juga Remaja 13 Tahun Dapat Habuan Lebih RM80,000 Hanya Kerana Terjumpa Keropok Yang Berbentuk Unik

Rita Gaviola adalah bukti bahawa kisah seperti Cinderella benar berlaku dalam kehidupan nyata.

Dalam kes Rita yang diambil bukan kasut tetapi hanyalah fotonya. Kehadiran Rita di lokasi  Burgos merakam gambar tepat pada waktunya seterusnya membawa tuah dan rezeki.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Oditty Central, Entertainment Inquirer, GMA Network