WANITA dan barang perhiasan emas tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu kelihatan menarik, apatah lagi pada hari perkahwinan.
Seorang wanita di Hubei, China menarik perhatian ramai apabila didakwa menggayakan berpuluh kilogram (kg) emas pada hari bahagianya.
Dalam majlis yang berlangsung 30 September lalu, pengantin perempuan tampil elegan dengan gaun putih, veil dan jambangan bunga tangan.
Namun apa yang mengejutkan ialah leher dan lengan wanita itu dipenuhi gelang dan rantai emas yang dipercayai seberat 60kg.
Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil KelahiranBagaimanapun, warga maya meluahkan simpati susulan daripada perkongsian itu.
Difahamkan, pengantin perempuan dilihat sukar untuk berjalan kerana ‘membawa’ beban yang berat pada leher dan kedua belah tangan.
Pengantin lelaki juga terpaksa membantu isterinya berjalan ekoran, bahkan para tetamu yang hadir turut risau melihat situasi itu.
Ia adalah hantaran daripada pengantin lelaki yang datang daripada keluarga yang berada.
Dalam masyarakat di sana, hadiah emas adalah simbolik sambutan pengantin perempuan ke dalam keluarga. Selain itu, keluarga pengantin perempuan juga memberikan perhiasan kepada pengantin perempuan untuk dibawa ke rumah barunya sebagai mahar.
[caption id="attachment_61598" width="800"] Foto: Freepik[/caption]
Namun, pada masa kini di zaman moden, pemberian perhiasan emas kepada pengantin perempuan melambangkan restu kedua keluarga agar pengantin baru perkahwinan kekal bahagia.
Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Tribun News