Tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi, syarikat penerbangan Ukraine perkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugari

Iklan
1

PAKAIAN pramugari bagi sesetengah syarikat penerbangan lazimnya mempunyai potongan mengikut bentuk badan.

Disamping itu, penampilan lebih anggun dengan memakai kasut bertumit tinggi. Kru penerbangan memastikan diri sentiasa elegan menyarungkan pakaian seragam syarikat penerbangan masing-masing dalam melayani ribuan penumpang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines membuat kelainan dengan melakukan perubahan dalam pakaian seragam rasmi pramugarinya kepada gaya yang lebih selesa dan sopan.

Iklan

Ia dilakukan susulan hasil tinjauan yang dilakukan syarikat itu yang mendapati kebanyakan krunya meluahkan rasa tidak selesa serta muak dengan gaya kasut tumit tinggi, skirt dan blaus ketat.

Iklan

Malah gaya penataan rambut juga ditukar daripada sanggul kepada gaya 'braid.'

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Pramugari senior SkyUp Airlines, Alexandrina Denysenko berkata bahawa adakalanya dia tidak memiliki masa terluang untuk duduk ketika penerbangan untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan masa berjam-jam dengan memakai kasut tumit tinggi.

Menurut Denysenko, tidak dinafikan bahawa memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan menarik tetapi pramugari terpaksa menahan derita kesakitan pada kaki.

Malah katanya, jika kru kapal perlu melakukan pendaratan di atas permukaan air atau pemindahan kecemasan, ia amat tidak selesa.

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Pembaharuan pakaian seragam baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini. Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbabit turut melancarkan pakaian seragam baharu untuk pramugara.

Benarlah keselesaan adalah kunci utama dalam menggayakan apa jua pakaian. Bila selesa, secara automatik tugas menjadi lebih lancar. Semoga pembaharuan yang dilakukan oleh SkyUp Airlines ini menjadi inspirasi kepada syarikat penerbangan lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Reuters