TENTUNYA kegembiraan berganda dirasai pasangan ini apabila dikurniakan cahaya mata kembar. Bukan dua atau tiga, tetapi sembilan sekali gus!
"Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,’ kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang.
"Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
[caption id="attachment_62624" width="628"] Halima dan suami, Abdelkader[/caption]
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Baca juga: Pasangan Kekasih Pembawa Talasemia Menangis Terpaksa Putus, Enggan Risikokan Zuriat Warisi Penyakit
Baca juga: Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Daily Mail