[VIDEO] Wanita kesal jiran seberang jalan, buat pagar rumahnya jadi ampaian

Iklan
Untitled design (1)

ADAT kita dalam hidup berjiran, adab sopan perlu dijaga, setiap tingkah laku perlu ada batasannya.

Ia penting supaya hubungan yang baik sesama jiran tetangga terjalin dengan baik dan seterusnya satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Iklan
Iklan

Justeru, perbuatan kurang manis seperti menyidai pakaian pada pagar jiran perlu dielakkan kerana ia seperti tidak menghormati hak dan privasi orang lain.

 

Iklan

Perkara itu terpaksa dihadapi seorang wanita yang juga pengguna TikTok Indonesia, @jloveyo13.

Iklan

"Inilah pemandangan setiap hari di pagar rumahku. Tanpa kebenaran menumpang jemuran,” tulisnya.

Menerusi paparan video, jelas kelihatan jirannya sanggup menyeberangi jalan semata-mata untuk menjemur pakaian pada pagar rumah wanita berkenaan.

Jengkel dengan perbuatan yang sudah berlaku berulang kali, wanita berkenaan menyatakan niat untuk berpindah.

Perkongsian @jloveyo13 mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan perbuatan jiran wanita itu yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Seharusnya,  perbuatan yang mencalar hubungan yang baik antara jiran seperti ini perlu dielakkan.

Berwaspadalah dalam setiap tindak tanduk, elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyakiti hati jiran tetangga. Semoga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua.

Baca juga: [VIDEO] Selamba Jemur Tikar Dekat Pagar Rumah Jiran, Wanita Luah Rasa Kesal Dengan Sikap Aneh Tetangganya

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @jloveyo13