SETELAH hampir dua tahun Covid-19 melanda dunia, kini Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan penularan wabak Salmonella.
Menurut laporan stesen penyiaran CNN, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati pengguna mengelak daripada membeli bawang tertentu berikutan wabak Salmonella yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk Puerto Rico.
Kata CDC, kesemua bawang itu dibekalkan oleh syarikat ProSource Produce LLC dan Keeler Family Farms. Bawang tersebut diimport dari Chihuahua, Mexico antara 1 Julai hingga 31 Ogos lalu.
Selain itu, FDA juga menyenaraikan bawang kuning dan putih daripada Green Giant Fresh serta bawang dalam kit makanan tertentu daripada EveryPlate dan HelloFresh yang ditarik balik kerana mempunyai risiko berlakunya pencemaran.
Baca juga Angka perokok bakal menurun menjelang tahun 2025
CDC melaporkan berlaku sekurang-kurangnya 892 jangkitan dan 183 kes kemasukan ke hospital berkaitan wabak Salmonella setakat ini.
Semoga wabak tersebut cepat berakhir dan tidak sampai ke negara kita.