Usaha untuk Qatar 'hijau', 3,600 pokok dari Malaysia dibawa masuk

Iklan
03

BUMI memerlukan lebih banyak pokok dan tumbuhan hijau agar ia kekal segar dan nyaman.

Begitu juga dengan usaha sebuah syarikat membawa masuk pokok dari Malaysia ke Qatar demi mempromosikan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk negara itu dan Bumi.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Projek yang kompleks dan mencabar logistik syarikat Elegancia Group itu memerlukan penggunaan kapal khas untuk mengangkut pokok-pokok dalam pelayaran yang mengambil masa selama dua minggu.

Difahamkan bahawa pokok tersebut mempunyai ketinggian sekitar 18m dengan bahagian akarnya dibungkus bersama-sama dengan tanah.

Iklan

Projek tersebut melibatkan perancangan dan penyelarasan selama beberapa bulan.

Pokok yang terdiri daripada pelbagai saiz itu memerlukan penyediaan yang rapi sebelum dialihkan bagi mengelak sebarang kerosakan pada akar.

Pun begitu, prosedur berkenaan boleh mengambil masa selama tiga hingga empat bulan bagi menggalakkan pokok membina sistem akar baru.

Baca juga Bawang kuning, merah, putih ditarik balik dari pasaran; wabak Salmonella menular di AS

Elegancia juga mengupah syarikat lain bagi projek berkenaan yang ditugaskan untuk menjaga pokok di dalam kapal dan memastikan pengairan mereka sepanjang pelayaran sehingga pemunggahan di Doha kelak.