SEPASANG suami isteri Pakistan yang terkandas di sempadan Attari 70 hari lalu menjadi berita utama selepas mereka menamakan bayi lelaki yang baru dilahirkan sebagai"Border” yang bermaksud Sempadan.
Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu itu menjadi viral susulan namanya yang unik.
Baca juga: [VIDEO]"Keladi mak dah viral..” Pokok keladi saiz gergasi belakang rumah tinggi dari bumbung
Menurut India Today, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab.
Ketika ditanya sebab di sebalik nama luar biasa itu, pasangan itu berkata, bayi itu dinamakan demikian kerana dilahirkan di sempadan Indo-Pak.
Baca juga: Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran
Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali
Pada 2 Disember, Nimbu Bai bersalin dan beberapa wanita dari kampung Punjab yang berdekatan tiba untuk membantunya melahirkan anak itu. Penduduk tempatan turut menghulurkan bantuan dengan mengatur kemudahan perubatan untuk bersalin.
Bapa kanak-kanak itu, Balam Ram berkata dia dan warga Pakistan lain tidak dapat pulang ke rumah di India selepas menunaikan haji kerana kekurangan dokumen yang diperlukan.
Daripada 97 orang warga India, 47 adalah kanak-kanak. Enam daripadanya adalah bayi yang dilahirkan di India.
Seorang lagi warga Pakistan di sempadan itu, Lagya Ram, menamakan anaknya 'Bharat.'
Bayi itu dilahirkan pada Disember tahun lalu. Menurut India.com, Penduduk tempatan menyediakan makan tiga kali sehari, ubat-ubatan, dan pakaian kepada warga Pakistan yang terkandas.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: India.com