7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut

Iklan
5

JIKA di Malaysia, kita sedang bergelut dengan bah, negara jiran, Filipina pun turut mengalami kemusnahan dahsyat dibadai taufan.

Iklan
Iklan

Taufan Rai yang turut dikenali sebagai Taufan Odette adalah ribut paling kuat yang ‘super’ membadai Pulau Siargao di selatan Filipina pada 16 Disember lalu.

Iklan

Baca juga: Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara

Iklan

Berikut tujuh fakta mengenai Taufan Rai membadai Filipina:

1. Taufan Rai hadir dengan angin berkelajuan kira-kira 195 kilometer/ jam (km/j).

2. Menurut pengkaji di jabatan cuaca Filipina, Nikos Peñaranda, taufan itu lebih buruk daripada yang diramalkan. Ribut bertukar menjadi taufan super kategori 5 di mana kelajuannya sama seperti ketika kapal terbang penumpang ketika berlepas!

3. Apabila mendarat, ia membadai selaju 210 km/j. Justeru, ia disifatkan sebagai taufan yang 'ganas'.

3. Susulan dirempuh Rai pada Khamis, lebih 300,000 orang menyelamatkan diri dari rumah dan pusat peranginan.

4. Selepas merempuh bumi Filipina, kekuatannya menurun daripada daripada taufan Atlantik Kategori 5 kepada taufan Atlantik Kategori 3.

Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air

5. Taufan Rai merobek bumbung bangunan, menumbangkan pokok dan tiang konkrit, menghancurkan rumah kayu serta menyebabkan banjir di pedalaman.

6. Pada 9.30 malam Jumaat, Rai merentasi barat Palawan dengan angin berkelajuan 175 km/j yang bersamaan dengan taufan Atlantik Kategori 2.

7. Hujan lebat dan angin kencang melanda wilayah Palawan beberapa jam selepas Rai bergerak ke arah barat menuju Laut China Selatan.

Baca juga: Sri Muda 'Trending' Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Terdahulu, Taufan Haiyan atau Yolanda membadai Filipina pada tahun 2013. Ia adalah salah satu siklon tropika terkuat yang pernah direkodkan.

Siklon tropika paling kuat yang dicatatkan itu merempuh kepulauan Filipina, mengakibatkan 6,300 kematian, 26,000 cedera, 4 juta hilang tempat tinggal dan kerosakan harta benda bernilai kira-kira lebih AS$9 bilion.

Sejak tiga dekad yang lalu, Filipina merekodkan sekurang-kurangnya 205 taufan tropika iaitu yang tertinggi di Asia.

Ia diikuti China  dan Bangladesh yang mana masing-masing menyaksikan 139 dan  42 kejadian taufan.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Reuters, CNN