Da’i Syed menangis kekal bersalah merogol, kembali ke Penjara Kajang selepas setahun empat bulan. Hana Ismail bertawakal
PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed kembali ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.
“Keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.
"Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini," kata hakim.

Difahamkan, Da’i Syed dilihat mengalirkan air mata di dalam kandang tertuduh sejurus keputusan dibacakan.
Lapor mStar, isteri Dai Syed, Hana Ismail yang turut hadir mengakui menyerahkan segala urusan kepada peguam.
"Tiada komen, insya-ALLAH saya kuat dan ALLAH akan urus serta permudahkan segala urusan.
"Saya serahkan semuanya kepada peguam dan hanya berdoa kepada ALLAH sahaja. Insya-ALLAH saya bertawakal," kongsinya.
Terdahulu, dia dilepaskan sementara bermula pada 20 September 2024 sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Sekadar info, Da'i Syed dan Hana bekahwin pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 17 bulan dan tiga bulan.
Artikel berkaitan:
- Anak sulung genap setahun, Da'i Syed titip ucapan manis. 'Apabila kamu lahir, kami jatuh cinta semula dengan lebih indah'
- Anak sulung belum cukup setahun, Da’i Syed umum Hana Ismail hamil anak kedua
- Da'i Syed sempat berdakwah, sambut Maulidur Rasul ketika dijel 21 hari. 'Patut cukur rambut anak lepas kes mahkamah, tapi saya yang dibotakkan kepala'
Sumber: Sinar Harian, mStar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

