Da'i Syed sempat berdakwah, sambut Maulidur Rasul ketika dijel 21 hari. 'Patut cukur rambut anak lepas kes mahkamah, tapi saya yang dibotakkan kepala'

No Image Caption
A
A
A

DA'I Syed menjadi perhatian ramai selepas muncul di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini selepas mahkamah itu menetapkan tarikh sebutan untuk kes rogol membabitkannya pada 5 November ini.

Tenang ketika diitemuramah media, pendakwah selebriti yang ditemani isteri, Hana Ismail sempat berkongsi pengalamannya dijel selama 21 hari.

"Masuk penjara pengalaman yang begitu pahit. Gelap hidup saya pada saat itu. Alhamdulillah kesihatan saya di dalam penjara baik-baik sahaja, cuma hari ini saya tidak berapa sihat. Ada ulser, tidak boleh bercakap banyak.

"Dari segi layanan Alhamdulillah OK sahaja. Dapat berdakwah dalam penjara, ajar orang mengaji al-Quran dan sambut Maulidur Rasul dan memperkenalkan kepada banduan tentang ALLAH dan Rasul.

"Ada kesempatan di dalam penjara untuk saya berikan sedikit manfaat.

No Image Caption

"Takdir ALLAH, saya ingat hari Jumaat tu nak cukur rambut anak lepas kes mahkamah, tapi ALLAH yang sebaik-baik perancangan. Saya yang dibotakkan kepala," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hana menitipkan syukur apabila suami tercinta dibebaskan pada 20 September lalu.

Menjawab pertanyaan wartawan, pengacara itu mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama.

"Kita manusia diberikan pinjaman masa sahaja.

"Saya hendak habiskan masa sebaik mungkin dengan suami dan anak-anak saya," kata Hana.

Peguam Da’i Syed, Datuk Abu Bakar Isa mendedahkan mahkamah menetapkan tarikh 5 November ini untuk pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Seksyen.

No Image Caption

Jumaat lalu, Syed diberikan penangguhan pelaksanaan dan dilepaskan dengan jaminan RM35,000 serta dua penjamin selepas 21 hari dipenjara sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Syed dilepaskan bermula Jumaat lalu sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Maksudnya, kita kena tunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Sekiranya anak guam saya tak bersalah, maka dia bebas.

"Jika anak guam saya kekal dengan hukuman itu, kita ada satu lagi peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan dan kita akan minta penangguhan sekali lagi," kata Abu Bakar.

Terdahulu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Sumber: Instagram, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang