Ditulis ketika emosi, adik Syed Shah Iqmal mohon maaf hantaran timbulkan kemarahan, gores perasaan. 'Saya tidak pertahankan perbuatan tidak bermoral'
ADIK kepada pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal, penyanyi Iqbal Jamalulleil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya sebelum ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal mengakui hantarannya sebelum yang terdahulu ditulis ketika dalam keadaan beremosi.
"Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas hantaran saya sebelum ini.
"Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham dan melukakan perasaan banyak pihak. Itu bukan niat saya.
"Saya menulis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar," kongsinya.
Tegasnya lagi, muat naik berkenaan sama sekali tidak mempertahankan abangnya atau menghalalkan perbuatan yang salah sebaliknya hanya luahan hati apabila ahli keluarga sedang diuji.

"Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.
"Hantaran tersebut hanya berkisar tentang apa yang saya lihat dari sudut peribadi dan proses muhasabah diri, bukan untuk membenarkan apa-apa perbuatan dan bukan untuk menafikan kesakitan mana-mana pihak," kongsinya.
Menurut Iqbal, dia tampil memberikan penjelasan selepas menerima reaksi negatif netizen yang menyifatkan perkongsian itu tidak sensitif terhadap perasaan mangsa dan keluarga terlibat.
Iqbal mengakui kesilapannya dan menyesal dan berharap orang ramai berhenti menyerang ahli keluarganya yang lain.

"Saya mengambil tanggungjawab penuh bahawa perkongsian itu tidak wajar dibuat di ruang awam dan saya benar-benar menyesal atasnya.
"Saya juga merayu agar hentikan serangan, ugutan dan penyebaran terhadap diri saya, orang terdekat, rakan-rakan dan keluarga kami.
"Mereka tidak terlibat dalam apa yang berlaku dan tidak wajar menanggung kebencian ini.
"Buat masa ini, saya memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segala urusan kepada saluran yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang masih menjaga adab dan kemanusiaan," titipnya.
Iqbal sebelum ini mendakwa abangnya berubah dan lebih menjaga hubungan dengan ALLAH.
Terdahulu, bekas finalis Da'i, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, kekal sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
Dia yang berusia 31 tahun itu kini menjalani hukuman di Penjara Kajang. Dia sebelum ini dilepaskan sementara bermula pada 20 September 2024 sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

