'Reda suami itu mulia, tapi isteri jangan sampai jadi enabler' - Ustazah Asmak Husin

No Image Caption
A
A
A

KES jenayah rogol yang dikaitkan dengan seorang finalis program televisyen baru-baru ini mencuri perhatian ramai dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. 

Isu berkenaan bukan sahaja menyentuh soal jenayah dan keadilan, malah mengheret persoalan lebih sensitif berkaitan peranan isteri apabila suami berdepan tuduhan serius.

Dalam kalangan warganet, timbul pelbagai pandangan. Ada yang melihat tindakan isteri kekal di sisi suami sebagai lambang reda dan kesetiaan, manakala tidak kurang yang mempersoalkan sama ada sokongan tersebut secara tidak langsung menjadi pembelaan membuta tuli terhadap kesalahan. 

 

No Image Caption

Mengulas perkara itu, pendakwah Ustazah Asmak Husin mengingatkan, reda isteri sememangnya satu nilai yang mulia, namun ia tidak seharusnya mengheret seseorang menjadi enabler kepada perbuatan yang salah.

"Kalau suami terlibat dengan jenayah adakah isteri masih perlu taat dan setia? Soalan ni memang berat sebenarnya, dan jawapannya bukan hitam putih.

"Apa yang saya boleh kata, reda dengan kekurangan suami, ya, ia dituntut agama tetapi jangan sampai sesekali reda dengan jenayah yang dilakukan.

"Reda itu bila suami miskin, kita sabar. Suami kasar, kita doa. Suami belum berubah, kita beri ruang.

"Tapi kita jadi enabler apabila kita nafikan kesalahan walau mahkamah dah sabitkan. 

Artikel Berkaitan:

"Kita serang mangsa demi jaga nama suami dan kita cakap, “Suami saya orang yang baik sebenarnya…”

"Awak, itu bukan reda, itu menutup kezaliman," kongsinya.

Ustazah Asmak Husin
Ustazah Asmak Husin

Dalam masa yang sama, Ustazah Asmak juga memberi pencerahan jika pesalah berkenaan telah bertaubat.

"Ya, pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka tetapi taubat bukan ayat di bibir.

"Taubat yang betul itu apabila mengaku salah, menyesal, berhenti dan anggup menanggung akibat termasuk hukuman, ganti rugi serta tanggungjawab.

'Kalau masih menyalahkan mangsa,

itu bukan taubat. Itu ego yang belum runtuh," titipnya. 

Dalam hantaran yang sama, dia berkata, isteri tidak perlu bertanggungjawab menutup jenayah yang dilakukan sebaliknya memainkan peranan berikut:

️.

Tidak wajib pertahankan yang salah sebaliknya diam, berdoa, dan menjaga diri. Itu lebih selamat.

️.. Kalau suami sudah bertaubat, dia akan terima keputusan, bukan melawan kebenaran.

️.a. Mendoakan mangsa tidak bermakna mengkhianati suami.

️.dan -

Kesalahan suami bukan aib isteri. Anda berhak cari sokongan dan ruang selamat.

️. Men

Jika ada mudarat atau trauma berpanjangan, isteri dibolehkan berjarak atau memohon fasakh kerana Islam tidak memaksa wanita hidup dalam penderitaan.

Namun, jika isteri memilih untuk kekal bersama suami kerana melihat tanda-tanda taubat, penyesalan dan usaha berubah, maka ia juga dibenarkan.

Dalam keadaan ini, isteri juga berperanan berdakwah dan mendorong suami ke arah kebaikan dan perubahan.

"Awak ingat ni ya, seseorang boleh dihukum di dunia dan masih berpeluang diampunkan di akhirat.

"Kebenaran lebih tinggi daripada kesetiaan, dan keadilan lebih besar daripada rasa kasihan.

"Reda bukan tunduk pada dosa. Redha ialah tunduk kepada hukum ALLAH," kongsinya.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang