4 pelajar suspek rogol junior dibuang sekolah serta merta

No Image Caption
A
A
A

SUSPEK jenayah seksual ke atas pelajar Tiga yang tular di Melaka baru-baru ini telah dibuang sekolah serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, Lembaga Tata Tertib yang bersidang hari ini memutuskan keputusan itu.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi pelajar perempuan berusia 15 tahun dirogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki sekitar jam 2.50 petang dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah.

No Image Caption

Kejadian berlaku ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga sekolah berkenaan untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Dua daripada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu melakukan perbuatan terkutuk manakala dua lagi bertindak mengawal kawasan tangga dan merakam menggunakan telefon bimbit yang kemudian disebarkan.

Mangsa yang trauma dan ketakutan enggan ke sekolah selepas kejadian itu sehinggalah ibunya dimaklumkan oleh guru tentang penyebaran video berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan:

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang