Arunika lengkapkan gaya wanita moden, ringkas & elegan untuk Gen Z serta Milenial

No Image Caption
A
A
A

SETIAP kali musim perayaan menghampiri, memilih tudung bukan lagi sekadar melengkapkan busana. Ia menjadi sebahagian daripada suasana, lembut, tenang dan ada personaliti.

Tahun ini, jenama Finnhijab memperkenalkan Arunika Collection, sebuah koleksi yang cuba menghidupkan rasa dipakai, bukan sekadar digayakan.

Nama Arunika membawa maksud sinar baharu — simbol harapan dan keindahan yang halus. 

Idea di sebalik koleksi ini cukup sederhana iaitu tudung sebagai medium ekspresi diri. 

No Image Caption

Daripada corak klasik hingga rekaan moden yang trendy, setiap helaian dihasilkan dengan pendekatan yang lembut pada mata dan selesa pada kulit. 

Material premium cotton voile dipilih kerana ringan, sejuk dan tidak mudah jatuh leper, jenis tudung yang boleh dipakai lama tanpa perlu kerap dibetulkan.

Pengasasnya, Eda Afinie Datuk Mohd Fauzi, berkongsi bahawa Arunika hadir sebagai identiti baharu kepada jenama tersebut. 

Menurutnya, tudung tidak sepatutnya terasa asing dengan kehidupan harian pemakai. Ia perlu memberi rasa selesa sepanjang hari, bukan hanya kelihatan cantik di mata.

No Image Caption

Beliau menyasarkan generasi muda berhijab yang gemarkan gaya ringkas tetapi tetap bergaya, namun dalam masa sama koleksi ini terbuka kepada mereka yang gemar bereksperimen dengan gaya lebih bebas walaupun tidak berhijab. 

Arunika bukan satu gaya yang dikunci, ia boleh dipakai santai, formal atau diolah mengikut kreativiti masing-masing.

Koleksi Raya kali ini tampil dengan 28 rekaan baharu yang dibahagikan kepada empat karakter utama iaitu Signature, Bunga, Leopard dan Plain. 

Corak Leopard dan Bunga menjadi antara yang paling mencuri perhatian kerana memberi karakter tanpa kelihatan sarat, manakala bawal Signature kekal sebagai pilihan klasik yang mudah dipadankan sepanjang masa.

No Image Caption

Pemilihan warna dilakukan sendiri oleh Eda Afinie dengan satu prinsip mudah. Jika dia selesa, orang lain juga akan merasai perkara sama. 

Baginya, tekstur memainkan peranan penting kerana keyakinan datang daripada rasa selesa terlebih dahulu.

Arunika sesuai dipakai ketika Aidilfitri, majlis istimewa mahupun hari biasa. Ia bukan tudung yang menunggu acara, tetapi tudung yang menemani rutin harian. 

Sempena musim perayaan, setiap rekaan ditawarkan pada harga RM39 sebagai langkah mesra pelanggan agar lebih ramai dapat merasai koleksi tersebut.

No Image Caption

Sekadar makluman, perjalanan Eda Afinie dalam dunia fesyen bermula lebih awal melalui bidang kosmetik sekitar 2003 sebelum beralih fokus kepada tudung menerusi pendekatan dalam talian, seiring perubahan gaya membeli pengguna hari ini. 

Eda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Warna RAYA x KLCC baru-baru ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang