Alif Satar & Faizal Tahir ajak Qiyam Macam Jumaat, doakan saudara di G@za

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS Subuh Macam Jumaat, bertepatan dengan 10 malam terakhir Ramadan, selebriti Alif Satar bakal menganjurkan satu majlis agama yang dinamakan 'Qiyam Macam Jumaat' pada malam ini sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran mengenai peperangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini.

Memetik laporan OhBulan!, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, program itu dianjurkan selepas dipelawa rakan selebriti, Faizal Tahir, yang berhasrat untuk mengadakan majlis bagi mendoakan rakyat Palestin.

“Hari Sabtu ini, saya nak buat program Qiyam Macam Jumaat di Masjid Al-Falah, USJ 9.

“Ia bermula apabila Faizal Tahir menghubungi saya selepas saudara Islam di sana secara tiba-tiba diserang Israel walaupun sebelum ini ada gencatan senjata.

“Mungkin ramai yang sudah selesa dan terlupa bahawa masih ada umat Islam yang dibunuh serta ditindas. Saya nak hidupkan semula kempen ini.

“Jadi, pada 22 Mac ini, saya ingin menjemput semua orang datang.

“Kita akan solat tarawih, diikuti dengan tazkirah, aktiviti seperti solat tahajud dan solat hajat untuk saudara kita di Palestin. Masjid juga akan menyediakan moreh,” katanya.

No Image Caption

Dalam pada itu, pelantun lagu Cukup Indah itu turut berkongsi video di Instagram miliknya bagi mengajak orang ramai menyertai program tersebut di samping menjelaskan tentatif majlis.

“Assalamualaikum geng Subuh Macam Jumaat. Alif nak ingatkan kepada semua bahawa kita akan buat Qiyam Macam Jumaat.

“Hari Sabtu, kita solat tarawih. Kemudian, ada tazkirah. Masjid menjemput semua untuk bermalam dan tidur di masjid.

“Selepas itu, kita akan solat tahajud bersama-sama, diikuti dengan sahur dan solat Subuh berjemaah,” ujarnya.

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Menurut Imam An-Nawawi, hukum beriktikaf ialah sunat muakkad dan ia disunatkan pada keseluruhan waktu, manakala pada 10 hari terakhir bulan Ramadan, amalan itu lebih dituntut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang