Bufet Ramadan Royale Chulan Seremban, warna rasa tradisi & cita rasa tempatan
BULAN Ramadan bukan sekadar masa untuk menahan lapar dan dahaga, malah ia juga waktu untuk menikmati keindahan rasa dan kehangatan kebersamaan.
Tahun ini, Royale Chulan Seremban menjemput anda merasai pengalaman berbuka puasa yang unik dan penuh warna melalui Bufet Ramadan 2026 bertemakan 'WARNA RASA'.
Dengan lebih 150 jenis hidangan tradisional dan moden, bufet ini bukan sahaja memanjakan selera tetapi juga membawa nostalgia citarasa warisan tempatan.
Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Abd Halim Md Yusof, tema itu dipilih bagi menonjolkan kepelbagaian budaya dan rasa masakan tradisional yang menjadi identiti utama bufet Ramadan tahun ini.

“Tema ini melambangkan kekayaan masakan tradisional yang penuh warna dan nostalgia.
"Kami ingin tetamu bukan sahaja kenyang, tetapi turut menikmati pengalaman berbuka yang menggamit memori bersama insan tersayang,” jelas beliau.
Bufet Ramadan kali ini menampilkan pelbagai lauk pauk tradisional yang menjadi tarikan utama. Antara hidangan istimewa termasuk rendang pucuk ubi, pecal warisan seri menanti, rojak buahan, serta hidangan utama seperti kambing golek, oxtail assam pedas, itik rendang daun puding, daging masak lomak nogori dan royale shellout yang pastinya memikat selera.

Tidak lengkap berbuka tanpa satay, dan Royale Chulan Seremban tidak mengecewakan. Satay ayam dan daging dihidangkan bersama nasi himpit, kuah kacang, timun dan bawang, sementara sup campur istimewa menawarkan pilihan daging batang pinang, tulang rawan, perut lembu, urat keting lembu, lengkap dengan mi seperti mee kuning, mihum, kue tiau dan pelengkap seperti daun sup, bawang goreng, limau nipis, cili kicap dan sos merah.

Untuk pencuci mulut, pelbagai pilihan tradisional disediakan bagi menutup pengalaman berbuka dengan manis.
Antara yang menarik ialah buahan potong, kuih sopang, lengkong santan, agar-agar susu, puding kelapa, talam gula merah, kuih sagu, kuih kasturi, serawa durian bersama pulut pandan, putu kacang, biskut makmur, kuih bahulu, selain kurma tangkai dan roti arab.
Mengimbas sambutan food preview Ramadan tahun lalu, Abd Halim berkata, maklum balas yang diterima daripada media, rakan korporat dan tetamu jemputan sangat positif, terutamanya mengenai kepelbagaian menu, rasa hidangan dan kualiti perkhidmatan.

“Maklum balas ini menjadi pemangkin untuk kami mempersembahkan bufet Ramadan yang lebih lengkap dan berkualiti tahun ini,” tambahnya.
Kali ini juga, bufet direka untuk dinikmati oleh semua kaum.
“Walaupun berteraskan masakan Melayu tradisional, hidangan kami bersifat universal dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa yang lengkap dan bermakna,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

