PU Amin, PU Rahmat dan Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah. 'Kami akan berkorban untukmu, wahai al-Aqsa'

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAH PU Amin, PU Rahmat dan Imam Muda Asyraf antara yang mengikuti misi murni ke Rafah.

PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, menerusi Instagram berkongsi khabar dia dan dan dua lagi agamawan terpilih dalam Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke G4z4.

"Bismillah, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Berkuasa.

"Kami bertiga dipilih ALLAH untuk menuju sempadan yang paling kontroversi dan bahaya iaitu Rafah.

"Setelah bertahun-tahun usaha diplomasi dilakukan, kita bakal menembusi sempadan Rafah dengan minimum 30 kontena bantuan buat rakyat G4z4," kongsinya.

Berlepas pada 3 petang semalam, PU Rahmat berharap bantuan yang dibawa sampai ke sasarannya.

No Image Caption

"Semoga bantuan kita yang tidak seberapa ini selamat sampai ke perut anak G4z4 ! Dengan jiwa dan darah, kami akan berkorban untukmu, wahai Al-Aqsa," titipnya penuh semangat.

Terdahulu, media berkongsi Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 berlepas pada 5 April biarpun menerima tempias ekonomi susulan krisis di Asia Barat.

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai  Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0  bagi mewakili Perdana Menteri, DatuK Seri Anwar Ibrahim.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), membabitkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membela nasib warga Palestin di G4z4.

Sumber: Instagram, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang