Perkosa sejak 2016, 'haruan makan anak' dipenjara 165 tahun, 110 sebatan! 2 beradik bangkit lawan selepas 10 tahun
TERGAMAKNYA! Harapkan pagar, pagar makan padi! Bapa durjana di Lahad Datu Sabah menjadikan dua anaknya mangsa kerakusan nafsunya. 10 tahun menanggung derita, luka yang dipendam akhirnya terbongkar.
Segalanya bermula sekitar tahun 2016, ketika kedua-dua mangsa masih di usia 15 dan 18 tahun. Ketika orang lain menikmati fasa kehidupan yang penuh harapan, sebaliknya mereka terpaksa berdepan mimpi ngeri dalam diam.
Menurut siasatan, mangsa didakwa dipaksa melakukan perkara terkutuk itu berulang kali, malah diugut dengan kekerasan jika enggan menurut. Ketakutan dan tekanan membuatkan mereka memilih untuk berdiam diri menyimpan rahsia gelap itu selama bertahun-tahun sehingga bangkit membuat laporan polis pada 22 Mac lalu.

Berikut info kes yang dikongsikan Sinar Harian:
1-Lelaki berkenaan didakwa atas 11 pertuduhan merogol dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan.
2-Mahkamah turut memerintahkan hukuman sebat sebanyak 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.
3-Kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Haja Mohaideen bersama pegawai penyiasat, Inspektor Malati Labpak.
4-Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, bapa durjana itu merogol dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 25 dan 22 tahun di beberapa tempat di Lahad Datu dan Tawau.
5-Difahamkan kedua-dua mangsa menjadi mangsa sejak berusia 15 dan 18 tahun sering dipaksa melakukan hubungan seks dengan ugutan akan dipukul jika tidak menuruti kehendak.

6-Susulan itu, suspek kemudian dituduh di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.
7-Selain lima pertuduhan merogol anaknya yang berusia 25 tahun dan enam pertuduhan merogol anaknya berusia 22 tahun, lelaki itu juga didakwa satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita.
8-Kesalahan suspek boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan bagi setiap kesalahan," katanya.
9-Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 165 tahun.
10-Mahkamah memutuskan hukuman berat itu sebagai pengajaran serta mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak kandungnya sendiri dan pengajaran kepada masyarakat di luar.
TIPS PENCEGAHAN JENAYAH ROGOL
Berikut adalah beberapa tips pencegahan jenayah rogol yang boleh diamalkan sebagai pencegahan:
1-Cegah jenayah rogol dengan pendidikan
Melalui pendidikan agama dan moral. Terangkan kepada kanak-kanak mengenai bahaya dan risiko perbuatan persetubuhan haram. Terangkan kepada mereka juga mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada disentuh.
2-Cegah jenayah rogol dengan elak bersendirian
Elak berjalan bersendirian di tempat yang gelap dan sunyi. Ajaklah beberapa orang (sebaiknya saudara lelaki) menemani anda. Jika anda menaiki kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita bersama.
3-Cegah jenayah rogol dengan awasi ahli keluarga
Jika anda memiliki ahli keluarga yang kelainan upaya, awasi mereka supaya tidak terdedah kepada bahaya rogol. Pergaulan anak-anak dan ahli keluarga yang masih kecil juga perlu dipantau.
4-Cegah jenayah rogol dengan tetapkan pendirian
Jangan mempercayai janji dari bomoh atau seseorang yang berjanji untuk berkahwin dengan menyerahkan kehormatan diri anda. Mungkin mereka hanya berniat untuk memperdayakan anda.
5-Cegah jenayah rogol dengan awasi orang baru dikenali
Jangan mudah menerima pelawaan untuk makan/minum atau pergi ke rumah/bilik orang yang baru dikenali. Waspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kemudahan awam seperti lif, tandas dan sebagainya.
6-Cegah jenayah rogol dengan bawa senjata
Barangan seperti pin baju, payung, kunci atau minyak wangi boleh dijadikan senjata bagi melengahkan perogol. Sentiasa bawa bersama dalam beg anda.
7-Cegah jenayah rogol dengan hati-hati dengan ahli keluarga
Jenayah rogol juga boleh berlaku di dalam kalangan keluarga seperti antara anak perempuan dengan bapanya dan adik perempuan dengan abangnya. Ibu harus menerangkan kepada anak batas pergaulan anak gadisnya dengan saudara lelaki.
Wanita, berhati-hati walau di mana berada. Undang-undang Malaysia membenarkan kita mempertahankan diri walau dengan cara kekerasan ke atas perogol. Diharap perkongsian tips pencegahan jenayah rogol ini dapat menambah pengetahuan anda.
Sumber: Sinar Harian, Polis Daerah Pekan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

